Friday, November 12, 2010

Dunia Taghut !

DAERAH BARU

Daerah itu tidak pernah hilang dari fikiran ku, apatah lagi rasa hati yang tidak pernah aman saat aku berjauhan dengan daerah yang sekangkang kera itu. Saat insan lain mengatakan daerah itu tidak punya apa-apa. Aku hanya mampu menyerahkan segalanya pada yang Esa. Usahaku kerana Allah semata.

Mutarabbiku, engkaulah pewaris dakwah ini. Hanya engkau yang mampu ku usahakan untuk daerah itu..selamat berjuang wahai mutarabbiku. Allah always be with you! Uhibbuki fillah !! Moga tsabat dijalan ini !

Kini aku berada di daerah baru. Daerah yang mungkin sekali sukar bagiku untuk bergerak ke sana dan ke mari, ini semua dek kerana tempangnya aku ( baca: tiada lesen memandu) . Alam ku kini juga mengalami transformasi ke dunia baru. ‘Dunia taghut! ’ . Ya ! inilah duniaku.. medan dakwahku. Sungguhpun aku masih di himpit sistem taghut Teringat kata-kata seorang staff berkenaan seorang pegawai atasan yang sering menunaikan solat dhuha. Kamu tahu apa bicara mereka ??

“ kerajaan tak bayar kita untuk solat ! Asyik-asyik solat!! ”

Hatiku hanya mampu beristighfar saat medengar kata-katanya. Astaghfirullah hal a’zim. Inilah yang berlaku bila mana taghut yang memerintah dunia. Ingin saja aku mencantas kata-kata mereka. Namun, aku diamkan sahaja dek kerana lemahnya imanku saat itu. Hilang yakinku untuk berhujah.Tidak mampu berkata-kata dan terusan mendengar ghibbah penambah dosa.

Aku berazam untuk menghapuskan sistem taghut ini di daerah baru. Apatah lagi jahiliah itu tidak pernah kenal erti rehat. Kufar ligat memikir cara terbaik menghapuskan islam . dan kita ?? masih lagi leka dek dunia. Masih bodoh memkirkan hal remeh temeh. Hanya segelintir daripada kita yang aktif memikirkan cara membangkitkan kembali islam sebenar. Bukan sekadar berfikir malah bertindak pantas melaksanakannya dengan penuh himmah. Kini, staff-staff disekeliling menjadi mad’u ku. Pegawai atasan juga menjadi perhatianku. Mataku seringkali terfokus kepada seorang Pegawai atasan yang beruban dan berjanggut tipis. Sesekali hatiku memberontak saat melihat kelibatnya.

“ Doktor ! bebaskan aku ! Apa kau sanggup melihat aku berpakaian sedemikian rupa ? bebaskan aku ! Dimana sensivitimu terhadap islam? Ummah ? Aku melihat kamu beribadah sepanjang masa. Bagaimana dengan dakwah ?? cukupkah ia sebagai bekalanmu kelak ?? ”

Hati da’i mana yang tidak sedih melihat ummah dalam kejahilan.

Tuhan, maafkan diriku. Seringkali menganggap insan yang beruban dan berjanggut tipis itu ibarat pejuang di jalan-Mu. Entah dari mana aku rasakan aura itu. Dirinya seakan memahamiku. Namun, jauh sekali untuk menghapuskan sistem taghut ini. Mungkin sekali dia sedang berusaha dalam diamnya, mungkin sekali dia punya method sendiri untuk berdakwah dan berhujah , mungkin sekali dia sudah meninggalkan dakwahmu, mungkin juga telah hilang rasa mampu untuk berdakwah dan hanya menjadi ketua ibadah. Lihatkan kebenaran ini Tuhan! Aku adalah da’iyah.. izinkan dia mengenali diriku sebenar Tuhan. Tuhan, bukankah dia antara insan yang mampu untuk meminda segala sistem di daerah ini ? Tunjukkan jalan kebenaran ini padanya Tuhanku. Ku serahkan segalanya padamu Tuhan..

Tuhan, jauhkan aku dari sebrang buruk sangka dan rasa ingin memberontak. Aku hanya ingin bebas dari taghut..

Aduh! Maafkan aku ya pembaca sekalian. Aku tidak sengaja meluah perasaan. Aku ingin berbicara tentang sesuatu yang aku sendiri keliru. Mohon kerjasama kalian untuk menapis segala penyampaian ku.


Sedihku jauh dari-Mu

Sedih hatiku melihat jahiliah memenuhi setiap ruang yang ada. Sesekali aku terpaksa akur dengan perintah taghut. Aku terpaksa tunduk kepada manusia hina. Ini realiti ! orang islam yang kebanyakannya berjiwa taghut! Bicara mereka dusta belaka.

Siapa yang bersalah saat aku tak berdaya menegakkan al-haq ?? Tiada guna menyalahkan orang lain biarpun mereka yang sememangnya harusku salahkan dek kerana keengganan mereka untuk menegakkan al-haq telah membawaku pergi bersama kemalasan dan arahan jahil mereka. Semakin hari.. aku semakin jauh dari Tuhanku.

Sedikit demi sedikit aku mulai hilang pertimbangan, aku keliru dalam mengatur urusan. Jadual harianku kian berubah, solatku kerap kali tertunda, qiamku apatah lagi.

Laki-laki di sini bicaranya seringkali blue-blue(baca : lucah) . kadangkala aku tersentap dengan ayat-ayat yang digunakan.Beberapa hari yang lepas,aku ditugaskan untuk belajar cara mengambil darah. Ketika di lokasi pengambilan sampel darah..yang diketuai oleh seorang pegawai (lelaki ), aku dan beberapa orang pembantu yang juga lelaki.

“ boss ! kitorang nk ambik darah kat sini.. kalau boleh.., dengan ‘dara’ skali kitorang nak ambik .” kata seorang lelaki yang bersama denganku . Benar-benar disebelahku!

Aku terkejut. Kerap kali rasa ingin menangis. Aku sedih. Hatiku semakin sesak dan sebak. Jantungku berdegup kencang. Takut yang dirasai membuatkan aku hilang fokus terhadap urusan ku .Hari semakin kelam. Aku mulai rasa tidak selamat bersama dengan mereka. Bila mana perasaanku mulai haru-biru , sepantas cahaya aku kembali mengingati Allah yang Esa. Hanya Allah bisa menyelamatkan aku. Teringat kembali pesanan Murabbiahku ,

“ Dik, awak kena pandai jaga diri..”

Keingkaran dan mungkar yang mereka lakukan benar-benar membuatkan aku merasa dosa. Jiwaku meronta mencari aman. Dan rasa ini telah menimbulkan rasa ingin sekali bersama-Nya. Ingin sekali bersama akhwat yang seringkali mengingatkan aku pada-Nya. Aku ingin bersama-Mu Tuhan …

Izinkan aku merasai nikmat yang telah hilang itu Tuhan (T.T)

Aku yang bersalah bila mana taghut ligat menghancurkan islam.


Fahamilah aku

Buatmu akhwat yang mengenali diriku.. ketahuilah bahawa bukan inginku berpakaian kurang enak. Mahu tidak mahu. Aku terpaksa akur dengan peraturan ini! Aku benci begini! Namun, inilah yang membuatkan aku bertambah erat dengan Allah. Tawakalku hanya pada Allah, bicaraku hanyalah dakwah, aku berhati-hati dengan setiap tindak tandukku. Kerana dakwah aku di sini. Aku ingin mereka ( lelaki blue-blue) itu melihat aku sebagai muslimah biarpun pakaianku benar-benar hodoh ( baca : tidak mengikut syariat ) .

Moga Allah hapuskan segala penilaian taghut itu!

Don’t judge a book by its cover!!

Akhwatku, bersihkan fikiranmu.. bersihkan segala sangkaan mu.. fahamilah aku.


*p/s : Maaf lama x update. Saya sendiri sudah sukar untuk blogging etc memandangkan saya sudah tidak punya keupayaan untuk online ditambah pula beban kerja yang memerlukan saya bersedia 24jam X 7 hari . Syukur Allah masih ada untuk saya hubungi. Online dengan Tuhan ! J

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.