Monday, May 17, 2010

Murabbi dan Mutarabbi



Dakwah kita adalah membina diri dengan membina manusia!


Dari Murobbi kepada Mutarobbi..

Minta maaf
Wahai mutarobbi
Kerana kau mendapat aku sebagai murobbi


Malunya aku wahai mutarobbi
Menggelar diriku sebagai murobbimu
Dan menggelarkan kau sebagai mutarobbiku


Aku gagal memenuhi dirimu dengan himmah..
Aku gagal mengajarmu erti tajarud..
Aku gagal menyinarimu dengan ruh rabbaniyyah..
Tidak cukup dariku fikrah dan ukhwah..
Dan kau kering ketandusan kasih sayang..


Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kurangnya prihatinku terhadapmu

Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kasarnya nada kata-kataku terhadapmu

Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Tajamnya pandangan mataku terhadapmu

Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kurangnya senyumanku terhadapmu


Maafkan aku wahai mutarobbi..
Kerana kau mendapat aku sebagai murobbi..
Layakkah aku digelar murobbi..
Sedangkan kau tidak diperlaku seperti mutarobbi..


Ya Rabb, ampuni aku
Aku gagal memenuhi amanah besarMu
Ya Rabb, ampuni dia
Jadikan dia lebih baik dariku
Ya Rabb, berikan aku taufiq dan hidayah
Aku tidak mahu lagi berlaku zalim terhadap mutarobbi
Ya Rabb, berikan dia taufiq dan hidayah
Jumpakan dia dengan murobbi


Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku menanam cita-cita untuk menjadikan kau rijal
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku berazam untuk menarikmu bersama ke dalam soffku
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku cuba untuk menanam benih cinta da'wah dan tarbiah di hatimu
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku ingin kau menjadi seorang murobbi


Dan ketahuilah wahai mutarobbi..
Aku juga seorang mutarobbi..
Yang masih mengharapkan murobbi..



Dari Mutarobbi kepada Murobbi

pada hari-hari yang aku bilang nikmat iman
hari-hari itu aku ketemukan rintihan
lagi-lagi rintihan sang murobbi
mengenang khilaf diri
mengenang hak tak tertunai si mutarobbi

ya murobbiku,
apa kami sifatnya kejam
meletak kamu di kandang pesalah di setiap waktu?

ya murobbiku,
kami tidak seranummu di medan ini
masih tidak cerdik mengatur langkah
masih perlu penunjuk arah
masih perlu dimasam dimanis
masih perlu dihambat jika lambat
masih perlu ditahan jika terlajak

ya murobbiku,
langkah pertama tanggungjawabmu
langkah seterusnya adalah kami dan Tuhan
tapi kamu mesti ada di sisi
melihat kami, memegang kami
berkembang indah menguntum mekar
atau menguncup lemah melayu perit

ya murobbiku,
la tahzan.. la taghdob..
tabahlah jiwamu
kuatlah semangatmu
untuk kami-kami
yang masih memerlukanmu

ya murobbiku,
ajal tidak mengenal belas
maka sebelum ia mendatangi
ya murobbiku,
terima kasih... terima kasih...

kerana kamu dan kami
mutorabbi hakiki kepada Murobbi Agung
di atas sana…







Dipetik dari Sambal Terung

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.