Allah itu ada,
sentiasa bersama kita
susah
senang
kita sentiasa ada Dia
untuk berpaut
untuk mengadu
untuk meluah rasa,
Dan Dia,
akan sering berikan kita kekuatan,
meringankan beban di dada
mensurutkan resah di jiwa
melapangkan kusut di fikiran
serta membuka jalan yang amat luas
bagi kita meneruskan perjalanan.
Masalah,
ujian,
pasti hadir dsetiap langkah kehidupan.
Ada kala ia menyentak kita,
terjelupuk di tengah perjalanan,
namun,
kita harus bangkit
istighfar
istighfar
mungkin inilah kafarah dosa-dosa yang silam.
Allah pasti membantu kita,
dan menjadikan mudah,
masalah-masalah kecil kita
agar lebih segar jiwa kita
memikirkan masalah-masalah yang besar.
betapa banyak masalah kecil , menjadi besar kerana kita membesarkannya. Sedangkan masalah lebih besar lagi tidak dipedulikan.
Dan kita harus cari penyelesaian dalam setiap halangan-halangan yang menimpa.
kerja kita terlalu banyak
mehnah-mehnah ini adalah batu-batu kecil
yang Allah campakkan
untuk kita lebih mendekati diriNya
untuk lebih suci jiwa untukNya
jangan mundur ke belakang
atau beku kerana tekanan
takut-takut,
kita lambat sampai ke tempat tujuannya.
sedangkan syurga itu
mahal
hargaNya
sabarlah
istighfarlah
dan berdoalah
kerana,
Allah itu ada…
cp from : muharikah.wordpress.com
T__________________T
ReplyDeletenk klik button "like"
ReplyDeleteputeri bonda : T.T Allah sentiasa ada. sentiasa available utk kita :')
ReplyDeleteLangkagTERCIPTA : :')