Saturday, June 26, 2010
Halawatul Iman
Wednesday, June 23, 2010
Life : Conteng yg Chumel
Bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapatkan keredoannya
Moga segala urusan dipermudahkannya
Agar sentiasa dalam kebaikan
Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada
Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
Buruk dan baik itu ketentuan Allah
Kitalah jua yang memilihnya
Amal yang baik akan membawa syurga
Amalan buruk menempah neraka
http://www.free-lyrics.org
Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita
Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita
Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
Ilmu pelita menerangi kegelapan
Darilah ilmu datangnya amalan
Dari amalan lahirlah kasih sayang
Saling membantu dan bekerja sama
Rezeki yang ada hulurkanlah derma
Agar hidup harmoni bahgia
Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
Thursday, June 17, 2010
Sayonara Jahiliah
Masalah besar yang dihadapi oleh seorang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah. Mana mungkin seorang daie mampu bertahan di atas jalan dakwah ini berbekalkan jahiliyyah yang ada. Jika ada yang mengatakan sebaliknya, ternyata anda salah!! Kerana jahiliyyah akan merosakan amal dakwah anda.
Mungkin ramai daie di luar sana tertanya-tanya, bagaimana cara yang terbaik, di sini aku memberi sekadar pengalaman sahaja.
Satu-satunya cara terbaik meninggalkan jahiliyyah adalah anda menyibukkan diri dengan dakwah tarbiyyah, iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja tidak cukup untuk anda meninggalkan jahiliyyah. Lebih banyak anda bergerak dan berfikir untuk dakwah dan tarbiyyah, semakin banyak jahiliyyah yang akan anda tinggalkan.
Sebagai daie yang belajar, kita hanya perlu ada 2 bahagian masa, masa belajar dan masa dakwah, tiada masa untuk jahiliyyah..
Biasanya apa yang terjadi adalah daie-daie ini cuba mengisi jahiliyyah dalam ruang masa dakwah mereka, lalu tergadailah dakwah mereka. Atau pun mereka mengisi masa jahiliyyah mereka dalam ruang masa study mereka. Apabila gagal atau prestasi akademik merosot, mereka mula merasakan dakwah yang menjadi sebab utama, bukanlah jahiliyyah mereka, lalu mereka mula menarik diri perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dari kelajuan dakwah, lalu tergadailah dakwah mereka sekali lagi. bukan hanya dakwah tergadai, prestasi akademik tidaklah meningkat juga, tetapi prestasi jahiliyyah meningkat dengan pesat sekali.
Lalu mereka merasa pelik dengan fenomena ini, sekali lagi mereka memperlahankan dakwah ini, memberi masa yang lebih untuk study kononnya. Ternyata mereka tertipu lagi! buat sekelian kalinya, dakwah mereka tergadai lagi. Kasihan sungguh dakwah bertuankan daie-daie seperti ini. Sudahlah yang kenal dakwah itu sedikit, dari yang sedikit ini, ramai pula yang tertipu dengan jahiliyyah. Alahai kesian!!
jika dahulu kita bicarakan kitaran bodoh manusia. kali ini aku berbicara kitaran bodoh seorang daie yang tertipu dengan jahiliyyah. ternyata jahiliyyah akan merosakkan dakwah dan study mereka.
apa yang ingin aku katakan adalah, jangan cuba menarik diri anda dari dakwah ini, kerana anda hanya menggantikan bahagian itu dengan jahiliyyah. jangan mudah tertipu!! senang saja syaitan mencantikkan mata kita.
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan” [6:112]
cp dari : Sayonara Jahiliah
Life : Berubah
Terus aku pulang pada sikap sebelum ku berubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana ku berubah
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan ku bertahan dalam perubahan ku
مَّا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِى جَوْفِهِ
“Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya…” [33:4]
Monday, June 14, 2010
Sunday, June 13, 2010
Doa : wa balighna Ramadhan..
للهم بارك لنافى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
(Allahumma bariklana fi Rajab wa Syaaban... wa balighna Ramadhan)
Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan
[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]
p/s : ramadhan.. daku merinduimu..
Tuesday, June 8, 2010
Kefahaman
t-shirt : free palestine
Monday, June 7, 2010
Gembira dengan Dosa
Sunday, June 6, 2010
Cerita Seorang DAEI
Aku sedih melihat dunia hari ini,
Yang leka dan lalai dengan nikmat yg diberikanNya,
Apa yang diamanahkan semuanya ditinggalkan,
Namun, apa yang dilarangNya menjadi ikut-ikutan..
Aku sedih melihat dunia hari ini,
Manusia seakan lupa akan hari yang telah dijanjikan,
Dimana silapku???
Adakah aku telah menjalankan tugasku dalam kehidupan seharianku???
Aku berfikir sejenak…
Aku melihat kemungkaran di sana-sini,
Namun, diri ini tidak mampu untuk menjunjung kalimah tinggi,
Yakni ‘amar makruf nahi mungkar’..
Diri ini terasa berdosa akan sikap manusia yang semakin hari semakin alpa..
Namun, apa yang telah aku laksanakan???
Hanya melihat manusia tanpa melakukan apa-apa..
Aku sedih melihat dunia hari ini,
Dunia yang semakin lupa akan penciptaNya..
Dunia yang semakin gah dengan teknologiya,
Dunia yang semakin berleluasa kemungkarannya..
Namun, manakah daie-daie yang ditaklifkan??
Mereka seakan-akan hilang dalam kekalutan,
Mungkin, meraka sedang sibuk mencari jalan penyelesaian..
Wahai para daie sekalian,
Bangkitlah kamu,
Junjunglah kata-kata yang telah diamanahkan untukmu,
Jangan kamu takut dan gentar akan manusia disekelilingmu,
buatlah kerjamu,
moga dengan usahamu itu,
akan membangkitkan ISLAM di puncak yang satu..
~moga nukilan ini akan menjadikan diri ini kuat utk menyatakan yang HAQ & BATIL~
::sekadar renungan::
adakah kita takut menyatakan HAQ disebabkan rakan & taulan???
adakah kita takut menyatakan HAQ disebabkan usikan & ejekan rakan???
adakah kita takut menyatakan HAQ disebabkan pulauan & pemberontakan rakan???
namun, semua itu harus diketepikan..
sebagai kesimpulan,
marilah rakan dan taulan,
kita renung kembali kisah Nabi & para sahabat yang sudah berzaman-zaman..
mereka diseksa dengan seksaan yang dahsyat dan mengerikan..
namun, hati mereka kuat menyatakan kebenaran..
apalah sangat jika dibandingkan ujian rakan dengan ujian Tuhan..
justeru itu, sama-samalah kita fikirkan jalan,
bagi membantu rakan dan taulan yang sudah kejauhan..
~coretan seorg DAIE~