Tuesday, March 1, 2011

Dosa Besar

Ketahuilah Dosa Kecil boleh menjadi dosa besar atas beberapa sebab :


1. menganggap ia kecil sahaja dan menghinanya. bahkan dia langsung tidak mempedulikannya dan tidak pernah merasa dukacita terhadapnya.


2.berasa gembira melakukannya, bahkan dia berasa megah dengannya.


3. Mudah sahaja bagi Allah ta`ala menutupinya sehingga dia menyangka bahawa dirinya mulia di sisi Allah ta`ala, sedangkan dia tidak menyedari bahawa dia sendiri dimurkai oleh Allah ta`ala.


4. Dia melakukan dosa itu dengan cara terbuka dan terang-terangan. Bahkan dia menyebut dan memberitahu kepada orang lain selepas dia melakukannya atau apa yang telah dilakukannya.


5. Keluarnya dosa kecil itu daripada orang yang alim yang menjadi ikutannya, yang mana demikian itu adalah dosa besar kerana ia berkekalan selepas ia mati. Sebagaimana sabda Rasulullah sallallaahu `Alaihi wasallam :


"barangsiapa yang berjalan pada Islam jalan yang jahat, nescaya adalah atasnya dosanya dan dosa mereka yang mengerjakannya selepasnya tanpa kekurangan daripada segala dosa mereka oleh sesuatu"


[Diriwayatkan oleh Muslim daripada Jurair bin Abdullah radiyallaahu `anhu]




Apa yang dimaksudkan dengan berjalan itu ialah seruan yang dilakukan dengan perbuatan atau perkataan atau menolongnya atau diikutnya.




source :facebook

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.