Saturday, June 26, 2010

Halawatul Iman



Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:

"Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka"


Wednesday, June 23, 2010

Life : Conteng yg Chumel


Photobucket

Assalamualaikum ,

Ap khabar iman kalian ?

***

Atas permintaan Cik Hikari Russia (Cik HR)
Cik Mus'ab sedang cuba edit hasil contengan Cik HR .

Adeh, susah jugak rupanya,
sebabnya, banyak space line yg x bercantum,
bila line putus2, memang susah nk warnakan,
so, Cik Mus'ab terpaksa lah edit gambar tu dulu,
guna pemadam utk padamkan line tu,
pencil tool untuk lukis and cantum2 line tu segala.

huhuhu.

Oh ya, Cik Mus'ab guna software Adobe Photoshop jer .
kan best kalau ada Adobe Illustrator .




Ini gambar ketika Cik Mus'ab sedang edit2.



****

SEBELUM DAN SELEPAS




Pict 1 : original

Gambar ni x terang sangat,
warna line tu pun kelabu dan serabut.
tidak sesuai untuk diwarnakan .
kalau nk warna jugak bleh, tapi..
ada b'brapa step perlu dilaksanakan d'lu .





Pict 2 :terangkan line meggunakan 'curves'

Kalau perasan , setelah diterangkan, lebih jelas line yg serabut ,
terutamanya kat bahagian tudung dan bahu tu.
Line yg putus2 plak kat bahagian tangan , kasut dan mata.

Kat mata tu part paling susah nk lukis semula. huhu





Pict 3 : Ini gambar setelah diwarnakan.

Alhamdulillah, inilah hasilnya walaupun belum siap 100% .
Cik Mus'ab buat x kemas sangat, plus hanya guna AP je.

Al maklumlah.. Cik Mus'ab bukan student graphic .
study pun bab kesihatan . hehe


****

Masih banyak 'skills' yg perlu diperbaiki.

Cik HR, kalau kita buat komik dan jual pun..

bagus jugak kan! hehehe

****

Cik Mus'ab suka la contengan Cik HR
suka sangat ( >,<)!

"Conteng yang Chumel"

huhu.



p/s : oh ya... baru perasan yg Cik Mus'ab masih belum siapkan sambungan entri Life : Berubah .InsyaAllah, nanti Cik Mus'ab postkan sambungannya ye.





credit to : Cik HR



Bismillah


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
[ Al-fatihah : 1]

by : raihan

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah

Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapatkan keredoannya
Moga segala urusan dipermudahkannya
Agar sentiasa dalam kebaikan
Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah

Buruk dan baik itu ketentuan Allah
Kitalah jua yang memilihnya
Amal yang baik akan membawa syurga
Amalan buruk menempah neraka
http://www.free-lyrics.org

Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita
Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah

Ilmu pelita menerangi kegelapan
Darilah ilmu datangnya amalan
Dari amalan lahirlah kasih sayang
Saling membantu dan bekerja sama
Rezeki yang ada hulurkanlah derma
Agar hidup harmoni bahgia

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah


****

Cik Balqis, Cik Mus'ab pun suka kombinasi warna di atas.

purple + blue + white


Credit utk Cik Balqis

Thursday, June 17, 2010

Sayonara Jahiliah

Masalah besar yang dihadapi oleh seorang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah. Mana mungkin seorang daie mampu bertahan di atas jalan dakwah ini berbekalkan jahiliyyah yang ada. Jika ada yang mengatakan sebaliknya, ternyata anda salah!! Kerana jahiliyyah akan merosakan amal dakwah anda.

Mungkin ramai daie di luar sana tertanya-tanya, bagaimana cara yang terbaik, di sini aku memberi sekadar pengalaman sahaja.

Satu-satunya cara terbaik meninggalkan jahiliyyah adalah anda menyibukkan diri dengan dakwah tarbiyyah, iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja tidak cukup untuk anda meninggalkan jahiliyyah. Lebih banyak anda bergerak dan berfikir untuk dakwah dan tarbiyyah, semakin banyak jahiliyyah yang akan anda tinggalkan.

Sebagai daie yang belajar, kita hanya perlu ada 2 bahagian masa, masa belajar dan masa dakwah, tiada masa untuk jahiliyyah..

masa untuk seorang daie belajar

Biasanya apa yang terjadi adalah daie-daie ini cuba mengisi jahiliyyah dalam ruang masa dakwah mereka, lalu tergadailah dakwah mereka. Atau pun mereka mengisi masa jahiliyyah mereka dalam ruang masa study mereka. Apabila gagal atau prestasi akademik merosot, mereka mula merasakan dakwah yang menjadi sebab utama, bukanlah jahiliyyah mereka, lalu mereka mula menarik diri perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dari kelajuan dakwah, lalu tergadailah dakwah mereka sekali lagi. bukan hanya dakwah tergadai, prestasi akademik tidaklah meningkat juga, tetapi prestasi jahiliyyah meningkat dengan pesat sekali.

Lalu mereka merasa pelik dengan fenomena ini, sekali lagi mereka memperlahankan dakwah ini, memberi masa yang lebih untuk study kononnya. Ternyata mereka tertipu lagi! buat sekelian kalinya, dakwah mereka tergadai lagi. Kasihan sungguh dakwah bertuankan daie-daie seperti ini. Sudahlah yang kenal dakwah itu sedikit, dari yang sedikit ini, ramai pula yang tertipu dengan jahiliyyah. Alahai kesian!!

jika dahulu kita bicarakan kitaran bodoh manusia. kali ini aku berbicara kitaran bodoh seorang daie yang tertipu dengan jahiliyyah. ternyata jahiliyyah akan merosakkan dakwah dan study mereka.

bahagian masa daie yang tertipu

apa yang ingin aku katakan adalah, jangan cuba menarik diri anda dari dakwah ini, kerana anda hanya menggantikan bahagian itu dengan jahiliyyah. jangan mudah tertipu!! senang saja syaitan mencantikkan mata kita.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan” [6:112]


cp dari : Sayonara Jahiliah

Life : Berubah

Photobucket



Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum ku berubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana ku berubah

Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan ku bertahan dalam perubahan ku






Jahiliah Vs Tarbiyah






مَّا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِى جَوْفِهِ


“Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya…” [33:4]


Percayalah, hakikat ini ditujukan utk menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menuju kepada lebih dari satu hala dan tidak boleh mengikut lebih dari satu sistem hidup. Jika tidak, dia akan menjadi munafiq dan langkah perjalanannya akan menjadi tidak menentu, longlai dan ragu-ragu.

'Seorang manusia tidak boleh menjadi munafiq dan beriman pada waktu yang sama.'

'Juga tidak boleh menjadi amanah dan penipu, fasiq dan bertaqwa dalam satu ketika.'

Tidak mungkin ada 2 hati yang mana satunya ikhlas manakala satunya ujub. Oleh itu, hanya ada satu karakter sahaja bagi setiap manusia dalam suatu masa, musyrik atau beriman, beramal dengan Islam atau beramal dengan Jahiliyyah. Jika kamu memanggilnya Islam padahal hatinya Jahiliyyah, ia tidak sekali-kali mengubah realiti. Begitu juga sebaliknya.

Sebuah hati tidak mungkin menyembah dua Tuhan, tidak boleh berkhidmat pada dua Tuan, tidak boleh mengikut dua Jalan serentak yang menuju kepada dua Hala.


Yang mana pilihan anda ??


Jahiliah atau Tarbiyah



" Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan Jiwanya,
dan rugilah orang yang mengotorinya"
[ 91:9-10]



simple,

Kalau kita buat business, kita nk untung ke nak rugi ?

mesti la nak untung kan ??






bersambung..

Sunday, June 13, 2010

Doa : wa balighna Ramadhan..



للهم بارك لنا
فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

(Allahumma bariklana fi Rajab wa Syaaban... wa balighna Ramadhan)

Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan
sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan


[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]






p/s : ramadhan.. daku merinduimu..

Tuesday, June 8, 2010

Kefahaman


Dalam usaha kita membina manusia
dari jahiliyyah kepada islam,
dari islam yang comited kepada kefahaman akan tugas da'wah,
dari kefahaman akan kewajipan menyeru manusia kepada keperluan berjemaah,
agar kerja kita dalam menegakkan islam di atas muka bumi menjadi muntij,
dengan izinNya.

Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya,
Allah akan memberinya kefahaman dalam agama.
(Rawahu Muslim)

Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat petunjuk, niscaya Dia akan membukaka dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi sesat, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (6:125)

itulah islam,
menerapkan kefahaman-kefahaman dalam diri seorang muslim,
yang semuanya lahir dari al-quran dan as-sunnah, sumber teragung dari Allah dan rasulNya.
agar seorang muslim itu men'sibghah' (mencelup) kan dirinya dengan agama Allah.
hingga seluruh hidupnya semuanya demi memperjuangkan agama islam di atas muka bumi.

Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahNya dari pada Allah?
Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.
(Al-Baqarah, 2:138)

islam itu bukanlah hanya dari aspek pemakaian atau apa jua pandangan sekular,
tetapi,
islam yang kita fahami adalah islam dari seluruh aspek kehidupan,
islam adalah sebuah sistem hidup,
memandang segala kehidupan adalah islam,
menyedari hakikat bumi ini yang sarat dengan jahiliyyah,
menyedari akan ramai manusia yang semakin jauh dengan al-quran,
lupa akan tujuan hidup sebenar untuk beribadah kepada Allah (Az-Zariyat, 51:56)
dan menjadi khalifah di atas muka bumi (Al-Baqarah, 2:30).

itulah keperluan seorang murobbi dan mutarabbi (Al-Baqarah, 2:151),
keperluan da'wah dan tarbiyyah,
keperluan sebuah manhaj tarbawi yang menekankan aspek tarbiyyah dan da'wah,
dalam mengalirkan fikrah islam dalam hati dan jiwa seseorang muslim,
agar dirinya memandang kehidupan dari sudut pandang islam,
merasakan semua yang ada di langit dan bumi turut tunduk dan patuh kepada Allah.
seperti apa yang diperjuangkan Sayyid Qutb dalam penafsiran al-quran tafsir filzilail,
alam ini turut bersama-sama kita bertasbih (menyucikan) Allah.

Apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, bertasbih kepada Allah;
dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(As-Saff, 61:1)

dalam membina manusia untuk tunduk dan patuh (islam) pada Allah,
dibina menepati seperti yang terkandung dalam 10 muwasafat tarbiyyah (Al-Qasas 28:14-28),
tarbiyyah yang diterapkan itu bertahap - tahap dan berterusan,
sangat sesuai dengan tabiat al-quran yang diturunkan berperingkat-peringkat bagi membetulkan aqidah manusia
untuk meng'ilah kan Allah semata-mata.

Dan Al Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya secara bertahap.
(Al-Isra', 17:106)

Pembentukan akhlaq yang mantap dilakukan semasa zaman madinah,
setelah aqidah muslim zaman rasulullah itu sejahtera.
lantas, 313 orang muslim yang bergelar mujahid meneruskan perjuangan mereka menegakkan agama Allah,
yang menjadi tulang belakang da'wah Rasulullah SAW (Qaedah Sulbah).
hingga kini, kita masih merasai nikmat islam dan iman,
berkat perjuangan rasulullah dan para sahabat waktu dulu.

reflek dan koreksi diri,
ayuh, perkuatkan iman dan takwa dalam diri,
agar kita berusaha semaksima mungkin
dalam beramal menyeru manusia kembali pada Allah.
proses tarbiyyah yang berterusan yang kita fahami,
bukanlah setakat di sekolah, dalam alam belajar,
mahupun setakat alam pekerjaan ataupun alam berumah tangga,
akan tetapi, seluruh hidupnya diberikan untuk da'wah,
semata-mata demi mencari keredhaanNya. Allah ghoyatuna.
agar ghoyah KITA untuk menjadikan islam sebagai ustaziatul a'lam (world order) tercapai dengan izinNya.
Ayuh, mainkan posisi dan peranan kita dalam memperjuangkan islam di bumi ini.
Mari berterusan beramal dalam membuat perdagangan dengan Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung.

Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
(As-Saff, 61: 10-13)

Inilah Jalanku,

Katakanlah: "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".
(Yusuf, 12:108)

Ikhlaskan diri untuk menjadi seperti Al-A'diyat (Kuda Perang) (Al-A'diyat, 100:1-5),
yang dilatih untuk berperang di jalanNya.
yang dilatih mengikuti latihan-latihan peperangan demi memantapkan skills,
demi perjuangan islam di atas muka bumi.

hasil tinta : Cik Fieqa

t-shirt : free palestine


Salam, Cik Mus'ab x bisa mengungkap kata,

sekadar melepaskan rasa melalui grafik segala.



.::Bicara Qalbi ::.

" Islam adalah ayahku, Islam adalah bangsaku, Islam adalah tanah airku"

"Apabila islam menjadi ayahku, maka setiap orang islam menjadi saudaraku"

" Tuhan kuatkanlah hati-hati kami dalam menegakkan agama-Mu"

" InsyaAllah, Palestine will be free.."




Monday, June 7, 2010

Gembira dengan Dosa

"Kegembiraanmu terhadap dosa yang kamu lakukan itu lebih berat di hadapan Allah daripada dosa itu sendiri. Tertawamu padahal kamu baru saja melakukan dosa itu lebih berat di hadapan Allah daripada dosa itu. Sedikitnya rasa malu kepada malaikat yang berada di sebelah kirimu dan malaikat yang berada di sebelah kananmu yang keduanya selalu mengawasi dan mencatat amalanmu, lantas kamu tidak malu kepada keduanya itu lebih berat di hadapan Allah daripada dosa itu sendiri"
[ Ibnu Qayyim ]
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyongnya, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
[ Al-an'am: 44 ]

Sunday, June 6, 2010

Cerita Seorang DAEI

Monolog dalaman..
Aku sedih melihat dunia hari ini,
Yang leka dan lalai dengan nikmat yg diberikanNya,
Apa yang diamanahkan semuanya ditinggalkan,
Namun, apa yang dilarangNya menjadi ikut-ikutan..

Aku sedih melihat dunia hari ini,
Manusia seakan lupa akan hari yang telah dijanjikan,
Dimana silapku???
Adakah aku telah menjalankan tugasku dalam kehidupan seharianku???
Aku berfikir sejenak…
Aku melihat kemungkaran di sana-sini,
Namun, diri ini tidak mampu untuk menjunjung kalimah tinggi,
Yakni ‘amar makruf nahi mungkar’..
Diri ini terasa berdosa akan sikap manusia yang semakin hari semakin alpa..
Namun, apa yang telah aku laksanakan???
Hanya melihat manusia tanpa melakukan apa-apa..

Aku sedih melihat dunia hari ini,
Dunia yang semakin lupa akan penciptaNya..
Dunia yang semakin gah dengan teknologiya,
Dunia yang semakin berleluasa kemungkarannya..
Namun, manakah daie-daie yang ditaklifkan??
Mereka seakan-akan hilang dalam kekalutan,
Mungkin, meraka sedang sibuk mencari jalan penyelesaian..

Wahai para daie sekalian,
Bangkitlah kamu,
Junjunglah kata-kata yang telah diamanahkan untukmu,
Jangan kamu takut dan gentar akan manusia disekelilingmu,
buatlah kerjamu,
moga dengan usahamu itu,
akan membangkitkan ISLAM di puncak yang satu..

~moga nukilan ini akan menjadikan diri ini kuat utk menyatakan yang HAQ & BATIL~

::sekadar renungan::

adakah kita takut menyatakan HAQ disebabkan rakan & taulan???
adakah kita takut menyatakan HAQ disebabkan usikan & ejekan rakan???
adakah kita takut menyatakan HAQ disebabkan pulauan & pemberontakan rakan???

namun, semua itu harus diketepikan..
sebagai kesimpulan,
marilah rakan dan taulan,
kita renung kembali kisah Nabi & para sahabat yang sudah berzaman-zaman..
mereka diseksa dengan seksaan yang dahsyat dan mengerikan..
namun, hati mereka kuat menyatakan kebenaran..
apalah sangat jika dibandingkan ujian rakan dengan ujian Tuhan..

justeru itu, sama-samalah kita fikirkan jalan,
bagi membantu rakan dan taulan yang sudah kejauhan..

~coretan seorg DAIE~

Wednesday, June 2, 2010

Tautan Hati




“Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)


“Ukhuwah itu bukanlah terletak pada kata-kata yang manis atau pertemuan, tetapi terletak pada sejauh mana ingatanmu terhadapnya di dalam doamu kpd Allah Subhanahu Wa Taala.”
( Imam Al-Ghazali )






p/s : salam.. x sempat nak type surah Al-anfal : 63. Ayat nie sangt best . Sila ringan2 kan diri utk tadabbur ayat tu k.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Loading...
Powered by Blogger.