Monday, August 30, 2010

Wednesday, August 25, 2010

Amalan Jijik Terbongkar


Keratan akhbar Harian Metro, Jumaat 9 Julai 2010.

Sumber online : myMetro

Ayam Halal @ Haram ??


Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):

Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.


Peagawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.

Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)



Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.



Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).

Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan



Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.

Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.
Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini

Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate



Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).

Dilanggani oleh Restoran Pappa Rish pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.




Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses

Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)




Suntingan dari : SharpShooterblogger.blogspot.com

Laporan dari Ustaz Abdul Halim Zakaria
Aktivis UNGGAS/LANDAS PUMWP



Wednesday, August 18, 2010

Al-Muntalaq - Mari Kita Beriman Sejenak

MARI KITA DUDUK SEBENTAR…

KITA BERIMAN SEJENAK…

Para da’i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.

Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain.

Memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran.

Memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan.

Memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang membawa kepada bid’ah atau kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah dan petunjuk.

Mu’az bin Jabal – mengingatkan sahabatnya: إجلس بنا نؤمن ساعة (Marilah kita duduk untuk beriman sejenak).

Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu ad Dardaa’ (ra) sambil memegang tangannya: تعال نؤمن ساعة إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت غليانا(Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak).

Lalu kita mengambil perkataan ini daripada mereka berdua. Nasihat-nasihat ini (siri-siri buku ini) adalah tentang fiqh ad da’wah. Kita menyeru para da’i untuk duduk sejenak dengan setiap nasihat untuk ia beriman dan mengkaji diri, ilmu dan kesungguhannya.

Sisa…. Dan Harapan

Siri-siri buku ini ditulis untuk:

-para du’at; mereka yang menunaikan solat dan merasa bangga megah dengan agama mereka; yang berakhlak dengan akhlak mukminin.

-Tidak ditujukan kepada yang lalai, lebih-lebih lagi yang menyeleweng.

Sebab:

“Ini adalah kerana untuk menyelesaikan permasalahan dunia Islam hari ini, tidak perlu kepada berpindahnya bilangan yang besar dari mereka yang lalai dan menyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang diperlukan ialah menyedarkan mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam, membangkitkan kesungguhan mereka dan memperkenalkan kepada mereka jalan amal dan fiqh da’wah. Masih ramai dari kalangan orang-orang mukmin, bilangan mereka sudah mencukupi untuk menegakkan kebaikan yang kita cita-citakan, tetapi dengan syarat apabila mereka mengenali tajarrud (menyerahkan diri hanya untuk Islam), zuhud terhadap dunia, menjauhkan diri dari fitnah, sabar atas segala mihnah dan memahami seni memimpin ummat.”

Oleh sebab itu, siri-siri buku ini tidak akan berbicara dengan:

orang yang masih mencampur-adukkan antara Islam dan lainnya.

Tetapi ia hanya memadai untuk mengajak muslim, yang:

-benar imannya, suci aqidahnya,

-merasa perit dan sedih dengan realiti ummat muslimin hari ini.

Buku ini akan mengajar kepadanya:

-jalan beramal yang berfaedah dan jalan penyelamat,

-memandunya kepada kewajipan untuk mempertingkatkan tarbiyyah dirinya dalam memenuhi tuntutan perjalanan.

Buku ini juga ditujukan kepada para du’at yang sudah mengetahui jalan amal, akan tetapi, mereka masih memerlukan:

-pengukuhan (bantuan), peningkatan usaha dan proses melembutkan hati.

“Sesuatu perkataan tidak akan kekal di sisi generasi kecuali jika ia berhubung dengan kebenaran dan kebaikan, kerana ia sentiasa mendapat pertolongan daripada makhluk Allah mengikut undang-undangNya (sunnahNya) dan sentiasa diilhamkan kepada hamba-hambaNya.

Berapa banyak kilatan yang dipancarkan oleh raja yang zalim atau berhala yang masyhur mengeluarkan gema seketika, memancarkan cahaya sebentar, kemudian padam dan senyap, seperti bintang yang bertukar menjadi habuk dan debu selepas terbakar. Ditambah lagi bahawa gemanya adalah daripada suara kebatilan, bukan kebenaran dan kilatannya daripada hiasan kebatilan bukannya kebenaran.”

Hanya aqal yang faham, hati yang bersih dan orang yang yakin dengan kebenaran apa yang dibawanya sahaja boleh mengucapkan kebenaran yang kekal.

Dia mengeluarkan kata-katanya yang menjadi contoh-contoh yang realiti dan keterangan yang kekal di dalam kehidupan. Tidak tertentu untuk satu waktu sahaja, tidak juga perkara tertentu, tidak juga orang tertentu, tidak juga kejadian tertentu, akan tetapi ia mencakupi semua generasi dan setiap ketika, negara dan kawasan.

Syair Menjadikan Perkataan Menarik

Aku mendapati sesetengah bukutarbiyyah harakah Islamiah memisahkan antara prosa dan puisi tanpa alasan yang kukuh. Menjadikan para murabbi (pendidik) tidak dapat menggunakan beratus-ratus rangkap dan petikan puisi yang boleh melembutkan hati atau membangkitkan semangat atau puisi yang berkaitan dengan aqidah dan fikrah yang merupakan hasil karya para pemuisi yang thiqah sama ada yang lama atau moden juga para pemuisi dakwah. Seseorang berkemungkinan ketika mendengar suatu pengertian, tetapi sedikitpun tidak menyentuh perasaannya, tetapi apabila digubah dalam bentuk rentak puisi tertentu akan menggembirakan orang yang gundah gelana, menggerakkan orang yang lalai dan mendekatkan cita-cita yang dulunya terasa jauh.

Bukti yang paling jelas tentang kepentingan syair dalam menyebarkan aqidah dan mempertahankannya, ialah peranan yang telah dimainkannya ketika membantu ahli-ahli bid’ah untuk menyebarkan bid’ah di kalangan masyarakat awam. Usaha-usaha ini dilakukan untuk menentang usaha-usaha Ibnu Taimiyyah serta pengikut-pengikutnya ketika mereka berusaha membatalkan segala bid’ah dengan hujjah-hujjah sunnah yang mulia.

Fenomena ini mendorong aku untuk memasukkan puisi-puisi dalam siri buku-buku ini.

Generasi Silam Dan Pengikut

Al Imam Ahmad menjadi ikutan kita dalam menggunakan syair yang melembutkan hati. Dia menghafal sebahagian syair yang kemudiannya ditulis oleh Tha’lab; seorang sasterawan yang masyhur. Murid-muridnya pernah mendengar dia bersyair dan pada hari mehnahnya para penyair telah memujinya. Bahkan dikatakan beliau telah mengucapkan beberapa keratan syair kerana tidak berpuas hati terhadap ‘Ali bin al Madiiniy yang tidak sabar bersamanya ketika menghadapi penyiksaan.

Pernah pula salah seorang muridnya telah berkata: (Wahai Abu ‘Abdullah: Apakah pendapat kamu terhadap syair yang mengandungi sebutan syurga dan neraka? Beliau berkata: Seumpama apakah syair itu?

Muridnya menjawab: Mereka berkata: (membacakan syair)

Maksudnya:

إذا ما قال لى ربى

أما استحييت تعصينى

وتخفى الذنب من خلقى وبالعصيان .. تأتينى

Ketika berkata tuhan kepadaku

Tidakkah malu maksiat terhadapku,

Menyembunyikan dosa dari makhlukku

Dengan penuh noda mengadapku?

Lalu beliau berkata: Ulangi sekali lagi.

Berkata muridnya: Lalu aku ulangi sekali lagi, lalu ia (Imam Ahmad) bangun dan memasuki rumahnya serta menutup pintu. Ketika itu aku mendengar suara tangisannya dari dalam dan beliau mengulangi syair tadi.

Semangat pemuda Islam di permulaan abad baru..

Seterusnya..

Kurun yang lepas telah menyaksikan luka-luka yang memeritkan pada seluruh dunia Islam. Serangan musuh Islam telah sampai ke kemuncaknya. Tetapi sungguhpun begitu, cubaan untuk menanganinya semula telah dilakukan oleh mereka yang mempertahankannya. Walaupun kemenangan belum diperolehi, tapi sekumpulan pemuda Islam telahpun terdidik dan bangkit sedar. Keazaman mereka telah mantap. Ini semua meyakinkan lagi kepada kita bahawa Islam pasti menang dalam kurun ini .. Insya Allah !

Sunday, August 15, 2010

Ghibah

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya: "Tahukah kamu, apakah ghibah itu?" Para sahabat menjawab; 'Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.' Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Ghibah adalah kamu membicarakan saudaramu mengenai sesuatu yang tidak ia sukai.' Seseorang bertanya; 'Ya Rasulullah, bagaimanakah menurut engkau apabila orang yang saya bicarakan itu memang sesuai dengan yang saya ucapkan? ' Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata: 'Apabila benar apa yang kamu bicarakan itu ada padanya, maka berarti kamu telah menggunjingnya. Dan apabila yang kamu bicarakan itu tidak ada padanya, maka berarti kamu telah membuat-buat kebohongan terhadapnya.'



Wednesday, August 11, 2010

pelik


Rasulullah SAW bersabda,

"Apabila kamu melewati
taman-taman syurga,
berlabuhlah di sana."

Ada sahabat yang bertanya,

" Apakah taman-taman syurga itu ? "

Baginda menjawab,

"majlis-majlis ilmu."

( Riwayat Tabrani)









Astaghfirullah hal 'azim




Life : takutnya!

Photobucket

tersentak hati ini saat terbaca article ringkas seorang ustaz.


***

Seorang salaf telah menasihati kita di dalam peninggalan lama mereka. Mengajak kita untuk sentiasa meneliti permulaan kenapa kaki ku sekarang berada di jalan dakwah ini:

“Sesungguhnya segala dakwaan (bisikan dan hasutan) lahir daripada permulaan yang tidak betul. Sesiapa yang permulaan perjalanannya betul, maka pengakhirannya juga akan betul dan tepat. Tetapi sesiapa yang permulaannya tidak betul, ‘mungkin’ dia sendiri akan binasa.”

Jzklh kepada salafussoleh kita ini. Beliau mengatakan ‘mungkin‘…..

Bukan ‘mungkin’, bahkan pada kebiasaannya dia akan binasa. Permulaan terbina di atas tajarrud. Sesiapa yang tidak suci tajarrudnya pada awal-awal, maka binaan yang dibinanya akan terhoyong hayang meskipun kelihatan amat tinggi dan megah. Bahaya yang sebenar-benarnya ialah jika binaan itu telah tinggi, kerana ia akan lebih cepat condong dan cenderong berhadapan seruan ke arah bid’ah atau ajakan keuntungan duniawi. Memang kerja syaitan akan sentiasa menghias dan mempercomelkan perkara bid’ah. Syaitan juga akan mencari-cari untuk mengeksploitasi keberhajatan untuk membujuk dan mempedaya.


***


Astaghfirullah x 3 .


Adakah ini puncanya binaanku terhuyung hayang dan menunngu masa untuk runtuh ?

mampukah aku untuk terus berada di jalan ini ?


Tuhan,

berikan hambamu ini kekuatan.

Moga diri ini terus tsabat di Jalan Ini.



Tazkiyatun Nafs !


Friday, August 6, 2010

Positif

kita akan terangsang untuk berfikiran positif apabila kita :
  • memikirkan sesuatu yg positif
  • mendengar pekara yg positif
  • berinteraksi dengan sesuatu yg positif
  • bersama dengan orang yg berfikiran positif
  • membayangkan sesuatu yg positif

Mudah-mudahan tindakan yg positif ini menghasilkan impak yg positif !

Al- Quran mengajar kita untuk bersikap positif.

antaranya :

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." ( Al-hujurat : 12)





Belajar berfikiran positif.




Monday, August 2, 2010

Life : Suara Hati Ibu

Photobucket



Didalam Rahim Ibu ini ,

Putera Puteri Ku Pernah Diam Seketika


Wahai anak anak ku…


Ketika ibumu melihat kejadian pembesaran janin didalam rahim ini…

Ibu teringat pada kalian semua..

Ibu terfikir dimanakah kalian sekarang…

yang dulunya pernah Diam Seketika di dalam Rahim ini dengan penuh rasa kasih dan sayang yang sesaat pun kalian tidak pernah di tinggalkan dari jasad ini..

sehinggalah kalian semua mengenal dunia.. ini..
Masih terasa didalam rahim ini pergerakan,

kenakalan kalian ketika mengusik ibu didalam rahim ini..

seronoknya ketika usik mengusik terjadi..

dan kadang kadang ibu terasa sedikit sakit ..

lalu kalian diam setelah disentuh lembut oleh tangan abahmu..

diusap setiap kali kalian nakal mengusik ibu..

dan setiap kali itu juga kalian akan diam dan tidur dengan tenang…

lalu ibu beristirehat dengan tenang juga…

dan saat kelahiran kalian..

ibu menjadi kuat ..

sehingga ada juga suara suara yang menegur..

‘ Inilah pertama kalinya saya lihat orang tersenyum walaupun dalam kesakitan melahirkan..’

.. dan ibumu ini terus tersenyum pada suara suara itu ..

lalu mereka gembira melaksanakan tugas mereka hinggalah kalian selamat lahir kedunia ini..

Alhamdulillah..

Kini semua itu hanya tinggal kenangan ..

kenangan Indah Yang Selalu Membuatkan Hati ini Tersenyum.. kerana..

'Cinta adalah kekuatan'

.. Itulah Cinta…


Dan diri ini sedar .. setelah cinta tersemai , tercantum rasa kasihsayang yang tidak terurai lagi…Lalu bertahta cinta itu dialam rumahtangga yang bahagia..


Sebuah perjalanan yang panjang baru akan dimulai..
Perjalanan yang sangat jauh bagi mereka hingga sedikit yang berhasil..

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
(QS. Al-Mu`minuun Ayat 12-14)

'Hanya satu sel sperma yang akan menghasilkan persenyawaan bersama sel wanita.. Maka dengan kuasa Allah terjadilah keajaiban persenyawaan yang membuahkan hasil.. .. Hari dan minggu berlalu .. maka terbentuklah janin didalam rahim .. dan itulah .. KITA.. '




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Loading...
Powered by Blogger.