Tuesday, May 18, 2010

Dosa ?


Apa itu DOSA ?

Rasulullah SAW bersabda:

Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya.

[Hadis Riwayat Muslim]

***

Rasulullah SAW bersabda:

Kebaikan itu ialah ap yg mententeramkan diri engkau kepadanya dan mententeramkan juga kepadanya hati. Dan dosa itu ialah ap yg bergetar dalam diri dan ragu dalam dada.

[Hadis Hasan ]

***

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan satu dosa, terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah dirinya dari bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melaksanakan dosanya, maka bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutup seluruh hatinya.

Itulah karat yang disebut Allah di dalam kitabnya:

Tidak sesekali demikian, sebenarnya apa yang usahakan telah menutup hati mereka [Surah Al-Mutaffifin ayat 14 ]”

[Hadith Riwayat Al-Baihaqi.]


DOSA pembunuh JIWA < -- sila click

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.