Tuesday, July 13, 2010

Tinta Murabbi

Astaghfirullah..astighfirullah..astighfirullah…


Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk menghirup udara segar hari ini. Bersyukur kerna sampai hari ini, firman-firman masih berlagu rancak menyentuh hati yang sangat mudah berubah ini.


Sudah lama tidak mencoret rasa hati di sini. Kekangan waktu membuatkan tiap rasa di hati bagaikan harus dibiarkan terpenjara disitu, sampai satu saat segalanya menjadi hilang ditiup suasana lingkungan. Namun, mungkin itu yang terbaik.


Tarbiyyah dan da’wah. Kadang-kadang merasakan diri sudah cukup mengerti dengan makna disebalik dua istilah itu. Terkadang, dalam mengukur kefahaman insan lain, membandingkan sesama insan lain menjadikan diri seakan tidak adil. Adanya ketidak adilan disitu walau diri berusaha untuk menjadi cukup adil.


Apakah jika ‘adik’ berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan tindakan ‘kakak’ itu bermakna adik itu masih belum faham?begitu mudahkah untuk mengukur tahap kefahaman seseorang?atau mungkin jika adik itu pandai berkata-kata, speak out, banyak cakap menjadikan dia orang yang faham lebih berbanding adik yang kurang bercakap?


Terkadang insan sangat mudah mengambil kesimpulan dari sikap seseorang. Murabbi seakan mengenal mutarabbi seperti mana ibu mengenal anaknya, namun kenyataan, murabbi hanya pandai membuat kesimpulan seminggu sekali tentang mutarabbi-mutarabbinya. Berjumpa pun jarang melainkan dalam usrah, namun bercakap seolah-olah dia cukup kenal dengan adik didikannya. Apatah lagi untuk adik-adik yang bukan dibawah jagaannya, men’judge’ sebulan sekali atau mungkin setahun sekali. Definisi ibu bukanlah orang yang mengambil tahu tentang anaknya hanya ‘bila perlu’.


Bukan sedikit juga murabbi yang mengatakan ruh itu lebih utama dari kerjanya. Biar dia kurang berkerja, asal hubungan dengan Allah tetap maintain. Banyak juga yang mengatakan kefahaman itu di’jugde’ berdasarkan apa tujuan dia berkerja. Kerja akibat ditolak ruh kehambaan padaNya itu yang terbaik. Benar. Namun sayang, hakikatnya kefahaman mutarabbi tetap di’judge’ berdasarkan banyaknya kerja yang dibuat mutarabbi tanpa mengira sedikitpun sebenarnya apakah sang mutarabbi bergerak dengan ruh ataupun tidak. Bila melihat mutarabbi masih tidak berubah walau sudah lanjut usia dalam tarbiyyah dan da’wah, barulah istilah bergerak dengan ruh itu muncul kembali.


Terkadang, terlalu tegas dinyatakan ‘berkerja’ itu sangat penting, sampai banyak yang berada dalam tarbiyyah ini seolah disogok dengan gelaran ‘kita da’ie, kita kena berkerja’ tanpa mereka tahu dan faham apa tujuan mereka berkerja. Ada murabbi yang mementingkan haraki, sampai masalah peribadi mutarabbi terabai. Sedangkan sang murabbi itu yang kuat mengatakan kita tidak boleh mengabaikan masalah peribadi mutarabbi. Bertanya tentang keadaan diri mutarabbi di tiap kali qadhaya, mungkin hanya untuk ‘cukup syarat’, namun jauh dalam mengambil peluang untuk lebih memahami adik mutarabbinya melalui luahan rasa mereka. Mutarabbi yang sudah bergelar murabbi terhadap mad’u yang lain pasti akan kuat dihadapan mad’unya. Namun dihadapan murabbinya sendiri, sekuat mana pun dia pasti dia akan ceritakan apa yang harus diceritakan kepada murabbinya atas dasar murabbinya adalah guru maupun ibu, tempat dia mencari penyelesaian. Atau mungkin juga atas dasar hubungan murabbi-mutarabbi dimana sang mutarabbi akan tergerak untuk mengadu pada murabbinya walau hakikatnya masih belum ‘terbiasa’ dengan murabbinya. Semua da’ie berusaha untuk menjadi kuat dan menjadi mereka yang berjiwa besar yang akan menjadikan masalah besar nampak kecil dimatanya. namun itu tidak bermakna ‘mengadu’ tentang masalah diri menjadikan mereka berjiwa kecil atau dapat di’judge’ sebagai orang yang masih belum faham. Jangan sampai mutarabbi menjadi takut untuk bercerita tentang masalah peribadi akibat keperibadian murabbi yang terlampau mementingkan haraki. Biarkan mutarabbi tidak bercerita kerna dia sendiri rasa masalah itu adalah yang kecil cuma, dan bukannya kerna takut di’judge’ masih belum faham.


Terkadang, murabbi terlampau inginkan adik-adiknya menonjol sebagai orang yang dikatakan sudah faham dan sering membandingkan dengan adik-adik murabbi yang lain. Sedangkan selama ini ditegaskan semua adik adalah adik kita, dan kita harus sama-sama berusaha fahamkan mereka. Sudah benar kita sama-sama berbincang tentang adik bersama-sama, namun sayang hakikat ‘adik aku, aku yang didik..adik kau, kau yang didik’ masih tetap berjalan.


Suasana lingkungan maupun waqi’ di sesuatu tempat sangat memberi kesan kepada da’wah sang da’ie. Ada tempat yang kelebihan mad’u dan ada tempat yang kekurangan mad’u tetapi kelebihan da’ie. Sudah lumrah, peranan seorang da’ie sebagai penyeru dan penyampai kebenaran menjadikan hakikat diri terasa kekurangan andai tidak ‘memberi’. Keperibadian para da’ie juga berbeza. Ada yang mudah menyampaikan, ada yag masih teragak-agak dan kurang percaya diri. Disitu peranan murabbi, memberi semangat dan peluang untuk mutarabbi belajar dan mengaplikasikan asas sebagai da’ie sang penyeru. Da’wah dan tarbiyyah ini fokusnya bukan untuk menghasilkan usahawan berjaya, chef berjaya ataupun mekanik berjaya. Namun untuk menghasilkan da’ie yang berjaya yang bukan hanya pandai menyampaikan malah pandai juga sebagai usahawan, chef dan mekanik walau masih dalam batas yang rendah.


Sogokan ‘da’wah bukan semata dapat dibantu dengan menyampaikan, namun orang membuat air didapur juga akan dikira menolong da’wah andai niatnya kerna Allah’ mungkin adalah betul untuk memikat hati para da’ie yang baru. Namun andai sudah bertahun-tahun dalam tarbiyyah, sogokan itu hanya akan mematikan sang da’ie di masa depan. Bukankah kita ingin menghasilkan da’ie yang bak pepohonan rendang lagi tegak dan kuat akarnya? Yang apabila benihnya dicampak di suatu tanah gersang, dia dapat menyuburkan tanah itu dengan akarnya yang kuat dan dapat pula bercabang-cabang dahannya? Asas bagi seorang da’ie itu tersangat penting untuk disuburkan didalam diri para mutarabbi. Biarlah dia menjadi da’ie yang usahawan, yang pandai memasak maupun pandai membaiki atau merekacipta. Andai sudah bertahun dalam tarbiyyah namun asas da’ie yakni dakwah fardiah dan sebagai penyampai masih belum selesai, itu merupakan fatal bagi sang da’ie sendiri.


Murabbi lah pembentuknya. Ramai yang berkata, kita akan bantu mereka yang masih belum dapat bercakap didepan orang ramai atau ‘memberi’ dengan meminta mereka menyampaikan andai ada daurah untuk mereka yang sudah maintain dalam tarbiyyah. Namun sayang, bila sampai waktunya yang dipilih tetap merupakan orang-orang yang sama, yang banyak bicaranya dengan alasan bahan itu berat atau penting. Persoalannya, mutarabbi itu tidak percaya diri atau sukar memahami bahan tarbiyyah? Atau apakah orang yang kurang percaya diri dalam menyampaikan boleh terus di’judge’ sebagai akan kurang dalam memahami bahan tarbiyyah berbanding orang yang memang mudah menyampaikan? Dan wujudkah bahan yang tidak penting dalam da’wah ini? dan andai kita sudah samatarafkan tahap kefahaman mutarabbi, kenapa masih ragu-ragu kefahaman sesetengah mutarabbi terhadap bahan yang sama diperoleh mereka? Yang banyak bicara itu mungkin sudah faham, namun yang tidak banyak bicara itu mungkin bukannya belum faham. jangan sampai satu tahap, mutarabbi yang ingin dibentuk itu menjadi selesa dirinya diabaikan dan menjadi suka hanya digelar ‘pembantu belakang tabir’ dan bukannya ‘da’ie yang membantu dibelakang tabir’.


Allahu’alam. Reality da’ie masa kini. Teguran itu bukanlah untuk mencari salah sesiapa melainkan cuba menasihati diri sendiri.


CP dari : JKB

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Loading...
Powered by Blogger.