Wednesday, July 7, 2010

Usrah ( aku dan dia )

" sis, maaf.. rasanya saya tak dapat join daurah esok."

" owh.. hurm. kenapa ye ?"

" sy tak sihat. semalam call kakak saya. dia kata better balik rumah. mak saya pun suruh saya balik rumah sebab dia dengar suara saya lain.."

" owh.. hurmm.."

Entah kenapa kelu rasanya lidah ini untuk terus berbicara. Hati rasa sebak. Rasa semacam tak dapat nak tahan rasa yang sedang bermundar mandir di dada ini. Rasa seakan ingin menitiskan air mata. Namun, ditahan saja.

hati mulai berbicara,

" teruknya aku, anak usrah sakit pun aku tak dapat detect. hurm.. kan best jadi Dr Hikari ! Tak dapat rawat depan2. rawat melalui conteng-conteng pun jadi"

sesekali..

" alamak! spoil. penat je aku rancang. fikir-fikir fasal dia, fasal proses penerusan tarbiyah dia."

" ala.. kalau dia nak.. boleh je. hurm, murabbi murabbi kita.. sakit2 pun datang jer daurah. "

Astaghfirullah hal a'zim. Muhasabah diri.

penat ?

Penat apa ??

Penat fikir fasal dia.. atau penat fikir fasal dakwah ni ??

Penat nak cari redha Allah ??

Astaghfirullah hal a'zim.

Tahu tak yang Allah tidak akan meredhai kita selagi mana kita tak redhai Allah. Lihat disekeliling kita ! Masih ramai yang tidak sedar dan tidak tahu fasal islam. Syariat islam dipermainkan, diperdagangkan. Masih ingin duduk diam dan berehat rehat ?!

sakit2 pun.. boleh jer datang daurah ?

ya ! sakit- sakit pun mereka datang daurah. hurm.

sebab mereka faham.

mereka sedar.

masalah umat itu lagi besar untuk difikirkan berbanding masalah sendiri.

Sakit yang melanda umat islam lebih memedihkan hati mereka berbanding sakit yang mereka alami sekarang.

Mereka sedar !

Mreka faham !

tapi..

anak usrah saya ...

masih baru..

masih belum faham. mungkin dia sedar umat sedang merana kesakitan. tapi, dia belum faham. ya! dia belum faham. saya tidak boleh paksa dia! cukup la dengan apa yang saya lakukan selama ini. maksudnya, cukuplah membuatkan mereka rasa terpaksa dengan setiap perkataan saya.


Tadi, masa kitorang sedang duduk-duduk di meja makan.

anak usrah saya mengungkap kata sambil menundingkan jarinya ke arah salah seorang sahabat . Dan sahabat itu.. sudah tentu la bukan diri yang teruk ini!

" wah.. dia sorang je yang perasan saya tak sihat dari tadi.."

" mestila.. selalu suara awak lain " sahabat yang dimaksudkan membalas.

Betapa saya rasa teruk yang berkali- kali lipat ganda sehingga saya tak lalu makan di buatnya. sejurus, saya mundar mandir. tidak tahu untuk makan ap.

" dia tak sihat.. hurm, mesti dia tak lalu mkan kan?"

tetiba..

Nampak dia beli makanan. Nasi lemak + daging masak sambal.

Terkejut! saya terkejut !

saya tegur dia.. " eh, awak makan sambal ? nanti bertambah pula sakit awak. "

" hehehe, sekali sekala ja."

" .... .." saya diam. tak tahu nak kata apa. bertambah hilang selera makan saya. risau-risau dia bertambah sakit bila makan yang pedas-pedas.

saya kembali ke meja makan. Saya lihat dia makan. serius. saya tidak tahu nak makan apa. mundar mandir, mundar mandir. sekali.. saya nampak dia makan. wahh.. rasa sedap pulak.

saya yang dari tadi tak tahu nak makan apa. saya terus beli nasi lemak . hahaha. saya beli sebab anak usrah saya makan nasi lemak. wal hal. jauh di sudut hati saya, saya nk makan bihun sup. hahaha.

Then, saya beli jugak la sup kosong. sebabnya. memang saya teringin nak makan makanan yang berkuah , terutamanya sup . sup kosong pun jadi la kan ?


Apa kena la dengan saya sekrang ni. Anak usrah saya sakit. saya pulak yang lebih-lebih tak nak makan.wal hal, dia ok je makan. walaupun dia makan tak habes. hehe.

Kalau la dia tahu yang saya sayangkan dia. hurm.



p/s : maafkan saya sangat tak caring tentang awak. awak sakit pun saya tak tahu.

2 comments:

  1. salam alaik ukhti,
    comelnye luahan hati ni...
    tersentuh^_^ dapat merasai cinta yg menebal dlm hati awk terhadap adik usraj awk tuh,huhu

    nway,dh rindu lah:)
    bila boleh ketemu lagi,CIK MUSAB? (bila nak tukar nama,hehe)

    salam syg
    aizadiha
    bangi

    ReplyDelete
  2. wasalam alayk ya ukhty sayang ♥

    huhu, saya seakan2 ternanti2 kehadiran akak. huhu.

    rindu ♥

    rindu melihat akak conteng2 di dinding rumah saya.

    bila Allah menakdirkan pertemuan kita. Mka, bertemulah kita. :)


    bila mahu bertemu lagi Dr Diha ?( Bila nk ada kereta, hehe)



    salam syg,
    cik mus'ab
    daerah ini

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Loading...
Powered by Blogger.